Wednesday, May 1, 2013

Macam biskut ini..kejap ada kejab tak ada ..apa hal ni?

Bapa Saiful U-Turn balik ni ?

 

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
 

Azlan awal petang ini sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Anwar 2008 benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.
 
Sebelum ini Azlan sendiri yang meminta untuk bertemu PKR dan menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Anwar sebelum ini satu konspirasi politik.

Dalam kenyataannya pada 8 Mac lalu, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

No comments:

Post a Comment