Thursday, April 25, 2013

Untungkan Orang Kaya

Najib: 'Kurang harga minyak orang kaya untung'
 
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.

"Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

"Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.

"Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

"Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia.

Selepas itu, Najib akan meneruskan sesi jelajahnya ke Sungai Bayor, Selama, Perak.

No comments:

Post a Comment