Wednesday, April 17, 2013

Tak patut....

Kami akan pastikan calon BN tewas – Shariff Omar

Mohd Sabri Said, 17 Apr 2013

TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.

Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya.

No comments:

Post a Comment