Yang ditunggu-tunggu kini dah tiba..SOHIH BUBAR
3/4/13 @11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh
Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum
mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.
Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini,
jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang
berdaftar sehingga Disember 2012.
Sejumlah 222 kerusi
parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk
termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan
dipertandingkan di peringkat negeri.
No comments:
Post a Comment