Friday, April 26, 2013

Mengapa suasana di Putrajaya begitu banyak berubah kini ?


Duhai Putrajaya..ketara sangat berubah dulu-kini

(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)


Solat Sunat Selepas Solat Jumaat  





PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu melihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3 iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.
----------------------------------------------------------------------------------------

Ps: Dah tah reti nak komen...dulu sukar suasana ini dilihat di Pusat Pentadbiran Persekutuan ini.

No comments:

Post a Comment