Friday, April 19, 2013

Kawan dulu.. kini dah bermusuh...alahai politik

Logo Calon Bebas
 
Di Kelantan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dipilih sebagai calon rakan BN sudah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas disandangnya atas tiket Bebas.
“Saya tetap akan bertanding atas tiket Bebas walaupun menggunakan simbol katak puru pada pilihan raya kali ini,” katanya. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Selain itu, dua penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan Selising dari PAS juga dikhabarkan mahu bertanding atas tiket Bebas kerana tidak berpuas hati dengan calon lain mewakili pakatan pembangkang manakala Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Gua Musang, Aziz Mohamad juga bercadang calon Bebas di DUN Nenggiri.

Di Pulau Pinang
bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengesahkan akan bertanding di kerusi itu meskipun BN sudah mengumumkan Shabuddin Yahya sebagai calon parti itu.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A Mohan juga mengumumkan keluar GERAKAN dan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu selepas kecewa tidak dicalonkan. Turut bercadang bertanding calon Bebas adalah AJK UMNO Bahagian Tasik Gelugor Datuk Mustafa Idros yang akan menentang calon BN Datuk Jahara Hamid di DUN Telok Ayer Tawar.
Pengerusi PERKASA Tasek Gelugor Azmi Alang pula akan mencabar calon BN, Mohamad Yusoff Mohd Noor dan muka baru PAS Zahadi Mohamad di kerusi DUN Sungai Dua. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Blogger kontroversi Papagomo mengumumkan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bersedia mengikut ke mana saja kawasan bakal ditandingi Ketua Umum PKR itu. Bagaimanapun sehingga semalam, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris masih belum mendedahkan identiti dan wajah beliau. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Di Negeri Sembilan, 
penyandang Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez keluar DAP dan mengumumkan bertanding calon Bebas di Parlimen Seremban atas alasan parti itu meminggirkan calon kaum India.
Selain Fernandez, lima individu lain, termasuk Setiausaha Politiknya R Rajashegher turut mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas DUN Nilai, diikuti, S Karthigesan (Senawang), R Sasikumar (Temiang) dan S Danial (Port Dickson) dan S Vijayan (Bukit Kepayang).
Di Selangor, 
lapan calon Bebas dan Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) dijangka bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Datuk Seri Ong Tee Keat masih memikirkan kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pandan selepas digugurkan sebagai calon BN kerusi itu.
Parlimen Sepang bakal menyaksikan perlawanan empat penjuru berikutan seorang ahli UMNO Hanapiah Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang mengumumkan bertanding Bebas.
Selain Hanapiah, calon KITA, Syed Mustafa Syed Abdul Rahman turut mengumumkan bertanding merebut kerusi Parlimen berkenaan menentang calon BN, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad dan seorang lagi calon PAS. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Selangor juga bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Parlimen Kapar selepas ahli MIC, S Ganesan akan bertanding calon Bebas manakala Ketua Bahagian MIC Assam Jawa, Redwan Abdullah juga bertanding atas tiket Beb

No comments:

Post a Comment