Wednesday, April 3, 2013

Demi politik sihat

Kerana kita adalah orang profesional dalam membudayakan  politik sihat
Menjelang PRU 13 ini marilah kita semua menolak sebarang amalan politik negatif seperti budaya politik samseng, fitnah dan lucah serta pendekatan politik londeh-melondeh

Marilah kita bersama-sama mengamalkan politik bermaruah sebagai landasan terbaik menjayakan pemilihan pemimpin untuk menerajui tanahair tercinta

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) ini bakal diadakan dengan penuh telus, teratur dan demokratik serta terhindar dari sebarang insiden negatif yang memalukan pengamalan demokrasi di negara ini.

Sudah pastinya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memainkan peranannya bukan sahaja secara efektif dan berkesan mengikut tatacara pilihanraya, bahkan yang terlebih penting ialah memastikan kredibiliti dan integriti SPR itu sendiri tidak diragui sepanjang pengendalian pilihanraya nanti.

Badan-badan pemerhati dan pemantau pilihanraya yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil dapat memainkan peranan penting sebagai badan pemantau dan pengimbang (check and balance) dalam memastikan kelancaran PRU 13.


Pengumuman pembubaran yang dibuat oleh Perdana Menteri hari ini adalah sebagai langkah penting ke arah perkembangan demokrasi yang sihat di negara ini serta demi memastikan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang selaku asas sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini tetap terpelihara.

No comments:

Post a Comment