Friday, March 15, 2013

PI Bala ..dari SD1 ke SD2 ke SD1 kini dah pergi tak kembali

Manusia Sensasi - PI Bala meninggal

  , 15 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang ini ketika mendapat rawatan di Klinik Rawang.

Demikian tulis Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melalui twitter sebentar tadi.

Ketika ini, mayat mendiang masih berada di Hospital Sungai Buloh.

Bala telah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Subang jaya (SJMC) selepas seminggu dirawat di situ, angioplasty menunjukkan terdapat tiga sekatan utama pada saluran jantungnya.
Mendiang dijadualkan menjalani pembedahan tiga minggu lagi, selepas ditangguhkan sebelum ini.
Bala mendapatkan rawatan susulan pagi ini di SJMC dan kelihatan sihat.

Namun, beliau mengalami sesak nafas sekitar jam 1.30  petang.

No comments:

Post a Comment