Perkara Sepenting Begini Janganlah Tersasul
Semalam 29/3/2013 (Jumaat)
Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira
jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya
bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri DS Najib
Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.
Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula
kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman
itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu
terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.
Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan
seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di
Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang
dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu
gurauan?
Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan
penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara
sepenting itu boleh dilafazkan oleh seseorang juruhebah.
Kenapa mudah tersasul atau disasulkan ?
No comments:
Post a Comment