Saturday, March 16, 2013

Mudahnya Mengajar ..Sukarnya Mendidik

Kebiasaannya  seorang pengajar itu juga adalah seorang pendidik. Beliau akan mencurahkan ilmu dan kemahiranya bersama ilmu sahsiah yang kaya dengan nilai murni bersendikan ajaran agama . 

Tugasan suci ini dilakukan agar anak muridnya mendapat ilmu dan kemahiran serta menggunakan nilai murni ini untuk digunakan dalam penghidupan mereka kelak. Harapan supaya mereka akan bekerja dengan akurnya kepada dosa pahala syurga neraka.

Tetapi agak malang, buat seorang murid jika sekiranya hanya menggunakan imu dan kemahiran semata-mata maka inilah jadinya. Mengundang dosa menyusahkan orang ramai.

Itulah kata orang, mudahnya mengajar tetapi sukarnya mendidik.

--------------------------------------------------------------------------

Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan
HASNIZA HUSSAIN
16 Mac 2013
Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan
Info: Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan
SHAH ALAM - Sekumpulan penjenayah profesional melarikan wang tunai RM 87,000 dari mesin pengeluaran automatik (ATM) selepas memecah masuk sebuah pasar raya di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu hanya disedari oleh pengurusan pasar raya berkenaan ketika hendak memulakan operasi jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, siasatan mendapati penjenayah menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM itu.

"Selain itu, penjenayah turut menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) premis dan melarikan rakaman CCTV bagi mengelak identiti mereka dikesan.

"Kita bagaimanapun mempunyai alternatif lain untuk menjejaki mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada pasar raya terbabit turut mengalami kerugian, Zahedi berkata, penjenayah menumpukan untuk melarikan wang dari mesin ATM itu sahaja.

No comments:

Post a Comment