Tuesday, March 26, 2013

Mudah Diberi ...Sukar ditarik balik

Nazri: Sukar untuk keluarkan semula IC warga Sabah
 
NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sukar bagi kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan kad pengenalan baru untuk warga Sabah seperti yang dituntut oleh tiga parti komponen BN yang mewakili kelompok KadazanDusunMurut.
Katanya ia bukan satu keputusan tapi hanya satu cadangan oleh parti berkenaan.

"Ia hanya cadangan oleh parti tersebut, namun saya rasa sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Cadangan itu dinyatakan presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok yang mahu kerajaan bertindak demikian, dan seterusnya mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup.

No comments:

Post a Comment