Thursday, March 28, 2013

Kata Tun M apabila DUN N9 automatik terbubar

Mahathir: Ada sebab PM tak bubar Parlimen
6:13PM Mac 28 2013  
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

NONE"Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.

"Pagi ini saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya.

Beliau juga yakin pilihan raya umum dapat diadakan serentak bagi negeri-negeri dan persekutuan.

No comments:

Post a Comment