Monday, March 25, 2013

Berpeganglah kepada 'tali' ALLAH walaupun berbeza ideologi politik

Dr M: Melayu perlu berpandu al-Quran elak berpecah
 
 
 
Orang Melayu hendaklah berpandu kepada al-Quran sebagai amalan hidup supaya tidak berpecah belah walaupun mempunyai fahaman politik berbeza, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata al-Quran jelas menekankan peranan persaudaraan sesama sendiri, justeru orang Melayu perlu membina peradaban bangsa berteraskan tamadun Islam.
  
"Kalau di negara Arab, bukan semua orang Arab itu adalah Islam, ada yang menganut agama lain, tetapi di Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam, jadi kita perlu membina tamadun yang berteraskan al-Quran dan hadis yang sahih.
  
"Selain itu, orang Melayu juga perlu berusaha menjadi bangsa yang maju dan kita perlu belajar daripada orang lain seperti Jepun, China atau Korea yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya pada forum perdana Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Bangunan Parlimen hari ini.
  
Selain Dr Mahathir, turut menjadi anggota panel pada forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

No comments:

Post a Comment