Wednesday, February 6, 2013

Bapa Kemerdekaan Negara




















Jumaat ini, 8 Februari  2013 merupakan ulang tahun kelahiran ke-110 Almarhum Tunku Abdul Rahman...Bapa Malaysia. Tunku dinobatkan sebagai seorang negarawan, pembangun bangsa dan sebagai tokoh sejarah yang unik.

Tunku melambangkan kesopanan, kepercayaan yang mendalam terhadap kedaulatan hukum dan menghormati tradisi.

Ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada hari bertuah itu 55 tahun lalu yakni pada 31 Ogos, 1957, Tunku berikrar bahawa Malaya ‘akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa’.

Kemudiannya diulang semula oleh Tunku enam tahun kemudian di dalam Pemayshuran Malaysia pada 16 September, 1963 berkenaan pembentukan Malaysia, berikrar bahawa Malaysia “akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan diantara segala bangsa”.
 
Bapa Merdeka Yang Berjasa

No comments:

Post a Comment