Thursday, January 3, 2013

Sambutlah tanpa maksiat..itu OK

Maksiat malam tahun baru

Maksiat malam tahun baru
Salah satu pemeriksaan dilakukan Jaim di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.
BANDARAYA MELAKA - Gejala maksiat mencemari sambutan malam tahun baru 2013 apabila tiga pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu serbuan bersepadu, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 41 saman atas pelbagai kesalahan syariah.

Menurutnya, operasi turut membabitkan Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), polis dan Imigresen.

“Dalam operasi yang dinamakan Ambang Tahun Baru 2013 malam tadi (kelmarin), kita telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pusat hiburan dan juga hotel di sekitar bandaraya Melaka.

“Ia membabitkan beberapa agensi dengan kekuatan anggota seramai 45 orang dari agensi terlibat dan hasil dari pemantauan kita malam tadi, Jaim telah mengeluarkan 41 saman hadir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rahimin berkata, operasi diketuai Ketua Unit Operasi Jaim, Zuruliman Zakaria.

“Tiga pasangan terbabit telah ditahan di beberapa hotel di sekitar bandar yang disyaki tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah.

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata, selain tangkapan itu, Jaim turut menahan mereka yang minum minuman yang memabukkan di bawah Seksyen 50 enakmen sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali.

“Kita juga melakukan pemeriksaan dan mendapati ada juga yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 71 enakmen sama kerana berpakaian tidak sopan terutama kalangan wanita.

“Dari pemantauan bermula dari jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi dan kita kesal kerana terdapat segelintir umat Islam yang menyambut tahun baru ini dengan mengunjungi tempat-tempat tidak sepatutnya seperti pusat-pusat hiburan, minum minuman yang memabukkan dan juga mengambil kesempatan sempena cuti umum dengan bersekedudukan bersama pasangan masing-masing,” katanya.
sinar/-

No comments:

Post a Comment