Thursday, January 10, 2013

Politik atur kita atau Kita atur politik?

Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.


Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara ‘relative’ di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu.

Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang.

Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Maka kita perlu menjadikan kita yang mengatur politik.. semakin hari semakin baik.

No comments:

Post a Comment