Wednesday, January 16, 2013

Kita Dengar Dulu Sebelum Komen

Biro pendidikan Pemuda MCA dan Gerakan turut tampil mengecam layanan penalis Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap pelajar undang-undang, KS Bawani dalam sebuah forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8  Disember lalu.
Ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan mengingatkan penalis tersebut bahawa pelajar universiti hari ini tidak lagi seperti "Katak di bawah Tempurung".
Sebaliknya, tegas Chong, pelajar universiti mampu untuk berfikir secara kritis mengenai isu-isu semasa dan adalah hak mereka untuk mempunyai pandangan dan pendirian mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan, Chong berkata, Bawani menunjukkan keberanian dan tidak mencelah ketika berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pelakuan dan sikap meninggi diri Sharifah.

Sementara itu, ketua biro pendidikan Gerakan, Thor Teong Gee menggesa universiti awam supaya menyaring secara terperinci penalis yang akan dipanggil bercakap di forum dan persidangan anjuran mereka.

Jika tiada calon yang sesuai, kata Thor, maka jangan adakan langsung forum.
 
Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan berkata adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.
  
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.
  
NONEBeliau menegaskan sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.
  
"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarkan mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
  
Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.
  
"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.
  
"Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.
  
Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik' berlangsung pada 8 Dis dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.
  
Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".
  
Satu laman diwujudkan dalam Facebook - 'Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani', dengan 26,814 'likes' pada laman itu.

No comments:

Post a Comment