Friday, December 14, 2012

Mudahnya dapat Duit

Semuanya tiada fakta konkrit untuk menyokong... yang dapat duit banyak tu?

KES 1
 
****************************************************
Petikan dari msia kini
Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM70,000


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.

Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.
Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.
 
KES 2

 
 
 **************************************************************************
Petikan dari msia kini
2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0 RM70,000 setiap seorang

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara salah.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

NONEKeputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan.

Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

NONEMereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mereka sebelum ini mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak sah kerana dilakukan di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. Sepanjang penahanan pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan dan juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.

Sebelum ni pun ramai pemain politik dan orang perseorangan yang dapat duit banyak gara-gara saman menyaman yang tiada fakta konkrit yang tidak dperakukan oleh Mahkamah.

No comments:

Post a Comment