Friday, December 21, 2012

Dasar 60:40 diBugarkan Kembali

Tepat jam 3.00 petang hari ini, berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran. Majlis meriah ini bertempat di Petrosains, Aras 5. KLCC @ Menara Berkembar Petronas dengan dihadiri leh semua Pengarah Bahagian-bahagian KPM, Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil masing-masing. Majli yang diurus setiakan oleh BPPDP, KPM.

Urutan Majlis
3.05 petang - Ketibaan YAB Tan Sri Timbalan Perdana Menteri
3.10 petang-  Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Tuan Hj, Sufaat Tumin, Timbalan KPPM
3.20 petang - Ucapan YAB Tan Sri Timbalan Perdana Menteri
3.40 petang - Pelancaran Kempen Kesedaran Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 
3.45 petang - Pelancaran Buku Pelaporan Dasar 60:40 oleh  Tan Sri Timbalan Perdana Menteri dimana melibatkan Angkasawan Malaysia (dato Dr. Shaikh Muzzafar- menyerah beg yang mengandugi  tersebut)

Jumpa dengan personel hebat kepimpinan KPM, antaranya Pengarah EPRD (Pn. Hjh. Dr. Faridah ), Pengarah LP ( Dr. Naimah)  , Pengarah JPWP (Tn. Hj. Mohd Yunus) , Pengarah Johor (En. Mohd Nor ), SUB Audit (En. Muhamad yang hadir bermesyuarat minngu lepas di JPN kelantan)), Timbalan Pengarah BPG (Cik . Fatimah - dulu PPSMI sekali). Timblana Pengarah JPN Terengganu ( Tn. Hj. Hashim) serata sahabat dari semua kementerian yang biasa jumpa dalam gerakkerja profesional. Juga dapat jumpa Kak Na EPRD.

4.00 petang - Lawatan "Sultan Of Science"
Makan dan bersurai

*********************************************************************************
15 perakuan tingkat penyertaan pelajar sains

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kerajaan akan melaksanakan 15 daripada 61 perakuan yang dikemukakan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara perakuan yang akan dilaksanakan termasuk penambahan pengecualian cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil bidang sains dan teknologi di sekolah menengah (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) dan pra-universiti iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000.

Perakuan lain yang akan dilaksanakan adalah penambahan bilangan waktu mengajar untuk semua matapelajaran sains tulen daripada empat waktu kepada lima waktu seminggu.

Selain itu, 40 peratus murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan disalurkan ke aliran sains secara automatik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan memberi keutamaan untuk murid aliran sains dan teknologi mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi memastikan murid-murid belajar dalam keadaan kondusif kerajaan akan membaik pulih dan menaik taraf makmal sedia ada di sekolah rendah dan menengah," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran buku laporan berkenaan di Petrosains, KLCC di sini hari ini. - UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd  

( Bertolak dengan anaknda awal 20/12/12 jam 9.00 malam dengan menaiki Mahligai Ekpress dan tiba di Putra Sentral 6.00 pagi. Jam 8.00 pagi ke C1. JPA kerana sedikit urusan belajar. Jam 12.00 bertolak ke KL Sentral untuk ke Petrosains bagi mewakili Pengarah Pelajaran Kelantan.Balik ke KLIA dimana adik Pak Di Petronas Carigali hantar dalam hujan lebat sepanjang jalan dari Menara Petronas ke KLIA. Jem panjang. Tiba di rumah jam 12.30 malam... PENAT tetapi HAPPY)

No comments:

Post a Comment