Wednesday, December 26, 2012

Bolehkah akan berlaku di Malaysia seperti ini...pisang berbuah lebih dari sekali?

Abe dinamakan PM baru Jepun

26 Disember 2012
                             Shinzo Abe
Shinzo Abe 
TOKYO - Dewan Rendah Parlimen Jepun secara formal hari ini memilih Shinzo Abe, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) sebagai perdana menteri negara itu susulan kemenangan besar parti tersebut pada pilihan raya umum minggu lalu.
Abe, yang pernah menyandang jawatan perdana menteri dari 2006 hingga 2007, dijangka membentuk Kabinet baru dalam beberapa hari lagi.
Beliau dilaporkan sedang bekerja keras untuk merangka bajet tambahan bagi merangsang ekonomi Jepun.
Selaku perdana menteri yang ketujuh dalam tempoh kurang daripada tujuh tahun, Abe akan menggantikan Yoshihiko Noda dari Parti Demokratik.

No comments:

Post a Comment