Thursday, November 22, 2012

Islam Dahulukan Damai : Antara Wajah Menang Vs Wajah Kalah

Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya adalah kanak-kanak dan akhirnya dengan tentangan hebat dari pejuang yang begitu tinggi semangat jihad dan strateginya maka tentera rejim laknatullah ini akhirnya akur dan menerima gencatan senjata.. Malunya bukan kepalang,.nampaknya menang dalam  kalah.

Dua suasana berbeza melanda saat genjatan senjata yang dipersetujui antara HAMAS dan Israel.

 Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bersama pembantunya
  Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu dan  Menteri Urusan Militer Israel Ehud Barak

Lihatlah saja wajah 'dungu kesedihan' pemimpin Israel seakan begitu mudah kita untuk faham akan 'kekecewaan' mereka... Kecewa kerana misi mereka menghirup sepuasnya darah Palestin dengan kecanggihan teknologi ketenteraan mereka telah gagal...

Manakala gambar atasnya menunjukkan Ukiran senyuman daripada pimpinan HAMAS jelas terpancar memberi maksud kepada kita semua iaitu KEMENANGAN!

Gencatan senjata antara Israel-Palestin akhirnya tercapai mulai pukul 21.00 waktu Kairo, Khamis. setelah lapan hari pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza. Pertempuran yang sudah dimulai sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih dari 160 warga Palestin, lima warga Israel, serta membuat sekitar 1,200 warga Palestin terluka.

Berkatalah wakil pejuang " KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (Brigade Al-Qassam)"




Kamilah yang membuat keputusan memasuki pertempuran 'Hijarah As-Sijjil' dan kami telah laksanakan serangan yang mengejutkan musuh 7 malam 8 hari .

Teruskan Jihad... kerana Islam dahulukan DAMAI

No comments:

Post a Comment