Saturday, October 20, 2012

Sejarah itu sentiasa ber'fakta'

Berita Harian (2012/10/19 - 07:22:20 AM)  
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, setiap orang boleh mempunyai pendapat sendiri, tetapi hakikatnya perpecahan Melayu berlaku sejak awal negara mencapai kemerdekaan. 

“Ia bermula apabila Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya bukan Melayu dibenarkan menyertai UMNO. . .Apabila cadangannya tidak diterima, beliau keluar lalu menubuhkan Parti Negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Negarawan sempena Seminar Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini semalam. Dr Mahathir berkata, perpecahan kedua berlaku apabila kumpulan ulama dalam UMNO keluar parti untuk menubuhkan PAS selepas permintaan memegang 10 kerusi ditolak. Perpecahan berikutnya berlaku apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 selepas tewas dalam perebutan kerusi Presiden UMNO. 

Parti Melayu yang pertama ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945, bukan UMNO.

No comments:

Post a Comment