Wednesday, October 17, 2012

RIMUP

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Apa dia RIMUP : Rancangan Integrasi Murid Untuk Peraduan , yang mana pada pagi ini pelancarannya yang bertempat di BTPN Kelantan telah disempurnakan  oleh YBhg. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri.
Serba sedikit tentang RIMUP

KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
•Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

•Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

•Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

•Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)  mampu menjadi landasan terbaik menyemai sikap kasih sayang murid berlainan kaum dan agama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka.RIMUP memberi peluang kepada murid sekolah  sama ada di kawasan luar bandar dan bandar untuk berhimpun dan berkumpul bersama-sama.Semangat bersatu padu dan perpaduan perlu dipupuk dan dilentur dari awal agar murid dapat mewujudkan suasana kemesraan di kalangan mereka yang berlainan keturunan dan agama.

RIMUP merupakan program yang sangat baik untuk menanam dalam jiwa murid tentang kasih sayang antara mereka selain memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain. 
Ia bukan saja dapat menambah lebih ramai kawan yang berlainan agama dan bangsa tetapi juga dapat merapatkan hubungan silaturahim.RIMUP ini akan dapat mewujudkan sikap toleransi dan saling memahami serta menerima keunikan kaum lain serta mewujudkan perpaduan antara kaum sejak dari  kalangan pelajar

Nilai dan semangat perpaduan ini amat penting bagi menangkis sebarang unsur dan anasir jahat yang cuba menggugat keamanan yang dikecapi.Semangat bersatu padu yang wujud menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih maju.Jika negara tidak aman dan kucar-kacir ia akan membantutkan segala rancangan  untuk membangunkan negara.

Guru dan ibu bapa  perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan untuk membentuk anak-anak mereka yang bakal menjadi pelapis masa depan negara.












No comments:

Post a Comment