Friday, October 26, 2012

PENGORBANAN DEMI KETAQWAAN



Pada pagi ini bermula 8.00 pagi, hadir bersama keluarga di Masjid Taqqarub Taman Tiong untuk melakukan solat sunat Aidiladha bagi tahun 1433H. Jika untuk sambutan Aidilfitri, solat sunatnya boleh dimulakan lewat sedikit tetapi untuk hari mulia musim haji ini perlu diawalkan kerana ramai jemaah akan melaksanakan ibadat qurban.

Setelah solat diselesaikan, khutbah Aidiladha  banyak menyentuh tentang pengorbanan Junjungan Nabi Besar Muhamad SAW dalam menyebarluas agama pilihan ALLAH SWT ini. Begitu banyak rintang halangan dalam  menyeru manusia untuk beraqidah dan berakhlak mulia berlandaskan kitab suci ALQURAN ..manual untuk manusia dan seru sekelian alam.

Dengan berpegang teguh kepada tali ALLAH dengan ikhlas dan sebenar-benarnya maka penyatuan Islam dapat diterjemahkan. Tinggalkan isme-isme ciptaan manusia yang hanya teori logik akal semata-mata kerana manusia sendiri adalah makhluk yang dijadikan oleh ALLAH SWT. Beraqidah dengan ikhlak mulia ini akan menjadi umat Islam akan dihormati oleh penganut agama lain. Cakap lain bikin lain @ cakap tak serupa bikin boleh menyebabkan orang lain tertawakan kita. Islam itu holistik tetapi kerana kerenah umatnya menyebabkan Islam iru sendiri dipandang serong.

Di negara kita Malaysia, Islam dianutamal oleh semua bangsa tetapi yang majoritinya adalah bangsa Melayu. Dan kehebatan Islam ini sewajarnya dipertontonkan bangsa Melayu  kepada bangsa-bangsa lain di negara ini. Tetapi kadang-kadang apa yang dipertontonkan ini oleh Islam Melayu ini amat mendukacitakan ISLAM itu sendiri. Adakah kerana bangsa ini adalah Bangsa Melayu ini?

Tetapi ada bangsa Melayu ini betul-betul pengamal kebersihan yang tulen. berkelakuan baik, tidak berbohong, tidak menipu, tidak itu, tidak ini.. betul-betul mengikut ajaran yang diperturunkan. Kerana ada juga bangsa melayu yang Islam ini masih lagi meneruskan kerja mungkar .. fitnah, adu domba, dengki iri hati yang tak putus-putus yang akhirnya merosakkan tamadun melayu itu sendiri sama telahan menjejaskan Islam anutan umat sekelian alam.

Jam 9.50 pagi bersama keluarga di rumah pak cik mi di Kampung Takea, Bachok untuk menyempurnakan ibadat korban, kali ini giliran kakak.

Maka jomlah kita bangsa melayu yang mengaku Islam memartabakkan ISLAM disamping penganut islam dari bangsa-bangsa lain di bumi indah ini. Semoga ALLAH memberkati kita semua,


HIKMAH BERQURBAN

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.


KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.


SYARAT SAH QURBAN

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

al-azim

No comments:

Post a Comment