Friday, September 21, 2012

Jangan Menghina..



Muhamad Faizal, Hazayani Zakaria, 21 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi" di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan   bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.


Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.
 
Manakala sebelah paginya di KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
 ___________________________________________________________________________________
Wajah Penghina

Sam Basil... 

Nakoula Basseley Nakoula AKA 'Sam Bacile' Yahudi Amerika menghina Islam dalam filem"Innocence of Muslims" ... 


Publishing director of the satyric weekly Charlie Hebdo, Charb,...akhbar ini menghina islam dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W.




 Salman Rashdie juga menghina Islam dalam buku  "The Satanic Verses

..itulah yang lebih parah lagi biadap apabila yang mengaku Islam itu sendiri menghina agamanya.
________________________________________________________________________

TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo menerbitkan kartun yang menghina Nabi.dalam akhbar mingguan Perancis yang berbentuk satira.
Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.

No comments:

Post a Comment