Monday, September 24, 2012

Innocence of Muslim - Apa kata Qardawi


Sheikh Yusuf Qardawi mengkritik kejadian demo sehingga menyebabkan kematian. Menyerang, membaling batu dan membakar kedutaan Amerika bukanlah kerja umat Islam. Apatah lagi membunuh seorang duta atau sesiapa saja dari kedutaan Amerika.

Sheikh Yusuf Qardawi mengingatkan bahawa filem hina lagi menjijikkan itu bukanlah dilakukan oleh negara Amerika. Sebaliknya dilakukan oleh segelintir orang Amerika yang biadab. Jangan hukum negara Amerika disebabkan kerja segelintir rakyatnya yang gila. Kita mahu Amerika belajar tentang nilai-nilai murni, itulah kerja kita sebagai umat Islam.

No comments:

Post a Comment