Sunday, August 5, 2012

RM Ehsan Vs RM Royalti


Logo Isu Royalti




Sehari dua ini semua orang membicarakan ini. 
Pengkisahan mengenainya dah lama terjadi. 
Dari Rakyat hinggalah ke pembesar negeri
Dari DUN ke Parlimen

Sehinggalah bertitah Tuanku Duli
Dalam Persidangan DUN baru ni
4k hektar telah tersedia sejak tahun 90 an lagi
Tapak Prasarana untuk proses Emas Hitam ini

Semunya gara-gara antara Wang Ehsan dan Wang Royalti
Masih ada Ku Li
Yang bersama merangka  Akta Kemajuan Petroleum 1974 Carigali ini
Kali ini disebut oleh PM sendiri
Mengiyakan apa yang dibuat oleh Ayahndanya sebelum ini

Mengapa tidak dulu tetapi hanya kini
Sehingga bertegang leher sesama sendiri
Berebut hasil bumi
Pemberian Illahi

Sesungguhkan perbanyaklah rezeki yang turun dari langit dan perut bumi 
Emas hitam, emas, tembaga besi
Serta bermacam lagi
Untuk umatMU dinegeri ini
Yang suka mengaji dan mengamali
Suka memuji kebesaranMU Ya Rabbi

"Pada 12 November 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkan hasil minyak.
 


"Perjanjian  juga  dibuat dengan Petronas pada tahun  yang  sama  di mana  Petronas  memberi komitmen  untuk  membayar  royalti  tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU 
5 Ogos 2012
Najib: Kerajaan Pusat adil, telus tidak nafikan hak rakyat Kelantan




BACHOK (Ahad, 5 Ogos 2012) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini, malam ini.
  .
Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
  
"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.
  
Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 "Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyak di mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat. Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya.

Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu. 
Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.
   
Yang berjiwa pendidik selalu melakukan yang terbaik... elak dosa neraka dapatkan pahala syurga.

No comments:

Post a Comment