Friday, August 10, 2012

Qiam With Me



Semalam 9 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H (Malam Jumaat) , DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada Tuanku Sultan.

Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.

Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.

Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada kami rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim. 
 
Berikut Adalah Antara Petikan Foto Dari Pelbagai Sumber
 
Ketibaan YAB MB di Istana
Orang kenamaan kelihatan Dato Nasaruddin Daud dan Dato  Mustapa Mohamed.
Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan penyambut tetatamu.
 Ustaz Azhar Idrus sedang memberi kuliyyah
Dato Mustapa Mohamad berbual-bual sementara menanti majlis bermula.
Abdullah Yaacob Adun Air Lanas antara wakil rakyat yang hadir.
Pemandangan dalam dewan Jubli Perak istana Kubang Kerian.
Hadirin mendengar kuliyyah Ustaz Azhar Idrus.
Tuanku bersalaman dengan rakyat selepas solat.
Di dalam penuh terpaksa solat di luar dewan.


No comments:

Post a Comment