Sunday, June 17, 2012

Perasmian Bulan Sains Dan Matematik SMK Kok Lanas

Pagi ini, jam 7.20 tepat berada di depan pintu masuk ke SMK Kok Lanas bagi memenuhi permintaan Pengetua SMK Kok Lanas untuk majlis pelancaran Bulan Sains dan Matematik  yang berlangsung mulai hari ini hingga 17 Julai 2012. Majlis bermula dengan nyayian Lagu Negara Ku dan Selamat Sultan bertempat di Medan Ilmu. Perhimpunan ini adalah acara minguan sekolah tetapi diisi dengan acara sambutan bulan berkenaan.
Susun atur majlis adalah:

Bacaan Doa
Ucapan YBr. Tn. Dr.. Sanusi bin Mat Yajid , Pengetua SMK Kok Lanas
Ucapan Perasmian
Pelancaran Gimik Bulan Sains dan Matematik
Persembahan Aktiviti Bulan Sains dan Matematik
Penyampaian Hadiah kepada Guru Sains dan Matematik
Majlis Bersurai

Antara intipati ucapan perasmian ialah:


- menyemarakkan pembudayaan sains dan teknologi dalam kehidupan kita seharian. 
menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri  pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan
- untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam bidang sains dan matematik. Ia juga bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah kegunaan sains dan metematik mengikut prespektif murid disamping meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran
memberi tumpuan yang lebih kepada bidang ini bagi mengisi keperluan negara ke arah mencapai wawasan pembangunan
Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012  Tema; Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi
perubahan  sikap  masyarakat terhadap sains dan teknologi sehingga membentuk budaya  yang  sihat  ke  arah  penguasaan  dan penggunaan sains dan teknologi dalam meningkatkan kesejahteraan hidup.
-
Bidang sains dan teknologi sentiasa berkembang dengan pesat dan kita sentiasa perlu bersedia menguasai pelbagai bidang sains dan teknologi yang baru yang dijangka penting pada masa yang akan datang
langkah angka panjang bagi mengekalkan pertumbuhan minat serta bilangan pelajar yang meminati dan menjurus pengajian mereka dalam bidang sains dan teknologi
peranan ibu-bapa, media massa termasuk media cetak dan media elektronik, serta masyarakat secara keseluruhannya
- Media ini perlu diisi dengan program yang lebih nementingkan ilmu pengetahuan dan seterusnya sedikit demi sedikit, meningkatkan kandungan ilmu sains dan teknologi
- mahir menguasai semua bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi, tetapi pada masa yang sama membangun secara seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
nilai-nilai murni sejagat yang terbukti dapat mengekalkan dan meningkatkan martabat manusia ke tahap keinsanan yang paling tinggi
Dalam ajaran agama kita, khususnya dalam Al-Quran-Nul-Karim terdapat banyak ayat-ayat yang menyeru dan menggalakkan kita mempelajari pelbagai ilmu termasuk sains dan teknologi, misalnya ilmu astronomi, pelayaran, matematik, perubatan, pentadbiran, serta ketenteraan 
 
Alhamdulillah pada majlis ini sempat berjumpa dengan rakan lama yang pernah bertugas bersama dan juga anak murid di SMK Mulong  yang kini dah menjadi Guru Fizik. Tuan Pengetua amat biasa sekali semasa bersama menjadi Pemeriksa Kertas Sains Tambahan pada awal tahun 90'an dulu. Beliau merupakan Ketua Pasukan.

No comments:

Post a Comment