Kehadiran sahabat dari SPA N9 pada petang hari ini amatlah dialu-alukan walaupun saya tak berkesempatan bersama mereka kerana pada masa yang sama masih lagi di Majlis Sambutan Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di SMK Bukit Bunga, Tanah Merah.
Tak sempat berjumpa dengan Pn. Radziah- KSPA N9, En. Saflan, En. Maskoya serta 13 orang ahli rombongan berkenaan. Rombongan disambut oleh sahabat di JPN dan majlis yang bermula di Bilik Gerakan mulai jam 2.30 petang telah berakhir jam 5.40 petang dengan sesi penerangan mengenai e-Cakna, HC3 dan Star Rating JPN Kelantan.
Rombongan menginap di Khalifa Suite di hadapan Masjid Muhamadi Kota Bharu, berkunjung ke SK Otman Talib 2, Pasir Mas, MRSM Pengkalan Chepa dan SMK Dato Perdana, Bachok.
No comments:
Post a Comment