Thursday, May 10, 2012

Perhimpunan Bulan Mei JPN Kelantan

Perhimpunan yang bermula jam 8.00 pagi hari ini dihoskan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, (SPPK) JPN Kelantan. Pengisian setelah ketibaan Tuan Pengarah adalah sebagaimana berikut:

1. lagu Negara Ku dan Lagu 1 Malaysia
2. Bacaan Doa
3. Tayangan Vidie Klip
4. Ucapan KS SPPK
5. Ucapan YABrs Tuan Pengarah Pelajaran
6. Pelancaran i-Hadir
7. Persembahan Pelajar

Antara yang menarik ialah perisian i-Hadir cetusan Tuan Pengarah ini dapat memantau secara on-line kehadiran setiap hari pelajar  ke sekolah. Semoga adanya kemudahan ini, pengesanan dan tindakikut kepada pelajar yang terlibat dapat meningkatkan lagi peratus kehadiran ke bilik kelas untuk mengikuti PDP. sudah barang tentu apabila hadir maka ilmu yang disampaikan oleh guru akan diperolehi dan nantinya peningkatan akademik dan sahsiah pelajar akan dapat dipertingkatkan.

Dan yang jelas dari mesej ' Coral Speaking ' persembahan anak-anak pelajar SK Zainab 2 amat terkesan atas topik perpaduan nasional. Gabungan dari Melayu, Cina dan India menunjuk secara betul dan jujur bahawa anak-anak ini sebenarnya boleh berpadu secara holistik sebagaimana harapan.

Tetapi juga timbul diminda ini, mengapa isu perpaduan ini tak selesai-selesai walhal negara dah Merdeka hampir 55 tahun... kerana diluar sekolah sana, kadang-kadang ibu bapa mereka tak pernah pun berpadu atas semangat perpaduan nasional yang sesungguhnya... atas sebab-sebab yang tak profesional lagi tak rasional atau mudahnya emosional yang tak ke mana. Kesannya melemahkan bangsa dan nusa.






No comments:

Post a Comment