Pagi ini jam 8.00 dah tiba di airport Kota Bharu untuk bersama menyabut YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran yang berkunjung ke Kelantan untuk lawatan kerja sehari. Ramai kalangan pegawai kanan kerajaan dan dah tentu kalangan pimpinan politik berada bersama menyambut beliau.
Lawatan ke Bachok dan Tumpat bertemu rakyat sebelum menjelangnya PRU 13...agaknya lah.
Bernama
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan peruntukan
segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat di
Bachok, bagi memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang
berniaga di pasar itu.
Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika
melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar tersebut, sempena
lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.
Sebaik tiba
pukul 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut
diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek
Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.
Muhyiddin
turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar tersebut, bersama
orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan
beliau yang juga Menteri Pelajaran.
No comments:
Post a Comment