Saturday, April 7, 2012

Islam Memang Indah

‘Islam itu indah’
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Malaysia negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama mencapai negara maju,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil menjelaskan pendapat dunia yang Malaysia sebuah negara Islam contoh.

Menurutnya, pengiktirafan dunia itu disebabkan beberapa faktor antaranya dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia.


“Saya ingin menggariskan beberapa faktor pada hemat saya, antaranya pada awal lagi pengasas negara kita memasukkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara, yakni tidak ada yang lebih indah dan lebih tinggi daripada Islam.

“Dengan sendiri, ada orang membawa pluralisme bertentang dengan Perlembagaan negara kita. Tidak ada siapa boleh perkotak-katikkan akidah dan persendakan Islam kerana kita ada undang-undang,” katanya dalam ucaptama pada Perhimpunan Perdana Warga Agama Wilayah Persekutuan Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)di sini, semalam.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.


Di depan lebih 5,000 hadirin terdiri daripada warga institusi agama, imam, ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan guru agama itu Perdana Menteri turut mengumumkan RM211.6 juta bantuan peruntukan pembangunan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan bagi 2011/2012.

Bantuan itu membabitkan peruntukan pembinaan baru masjid, surau dan sekolah rendah agama (SRA) sebanyak RM157 juta; pengimarahan masjid dan surau (RM2.07 juta); pembaikan masjid, surau dan SRA (RM20 juta); kebersihan dan keceriaan masjid dan surau (RM1.06 juta) serta Pusat Perlindungan Saudara Baru Darul Hidayah (RM19.8 juta).


Selain itu, saguhati kepada AJK masjid dan surau Jumaat 2011 (RM821,100); bayaran imbuhan imam ratib, pembantu bilal dan pembantu noja 2012 (RM1.9 juta); elaun guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) serta guru SRA (RM3.7 juta) dan bantuan pembaikan tanah perkuburan Islam dalam taman, Raudatul Sakinah (RM5.2 juta).

Najib berkata, dalam tempoh tiga tahun ini kerajaan melakukan urus tadbir dengan baik dan mempunyai hala tuju yang jelas.


Menurutnya, dengan urus tadbir yang baik itu juga membolehkan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, elaun imam, guru agama dan guru Kafa.


“Dalam tempoh tiga tahun kita lihat bagaimana kita tadbir negara yang baik, semua sudah naik...cuma undi belum naik,” katanya dengan nada berseloroh, sambil menegaskan semua itu menunjukkan komitmen kerajaan hari ini kepada pembangunan ummah. Beliau berkata, sebagai umat Islam semuanya harus bersyukur kerana keadaan negara sedang menjurus kepada keadaan lebih baik lagi. “Sebagai ketua negara saya memikul tugas amat berat. Saya berazam untuk tentukan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini,” katanya.


Menurutnya, kerajaan menjadikan agenda meninggikan Islam sebagai agenda utama dalam banyak aspek, malah tidak tergelincir daripada landasan agama. “Gagasan 1Malaysia (juga) tidak lari dari Islam sebab nilainya wasatiyah (kesederhanaan). Kesederhanaan itu bukan bermaksud sambil lewa atau la’ih. Wasatiyah bermaksud melakukan yang terbaik, tetapi ada penyeimbangannya,” katanya.

Indahnya Islam itu sekiranya ajaran yang bermula dari a hingga ke z yang syumul itu dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya..sama ada yang kita setuju dan yang kita tak setuju .. Betul tak?

No comments:

Post a Comment