Hari ini tiba di LCCT jam 12.50 tengah hari bersama Pegawai STPM dari Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan. Ke tempat mesyuarat di BTPN Selangor dalam lokasi Shah Alam menaiki bas yang disediakan oleh JPN Selangor. Tiba di BTPN Selangor jam 3.00 petang dan menginap di bilik 107.
Pada sebelah malamnya, pengerusi Pn. Nurcahaya (KU STPM), BPSH telah memberi taklimat urusetia dan diikuti penerangan SMART6 operasi 'on-line' Pengurusan Tingkatan Enam diadakan. SMART6 akan digunakan bermulanya pengambilan pertama lepasan SPM 2011 dalam mengikuti Sistem Baru Petaksiran STPM. Sistem ini tidak lagi sebagaimana sistem Terminal Tingkatan 6 yang diamalkan tahun-tahun sebelum ini. Maka akan bermulah pengajian 3 sesi di mana setiap sesi memakan masa 6 bulan.
( Selesai saja mesyuarat, rakan dari JPN Labuan dan Sabah ke Up Town Shah Alam, ingat dekat tetapi jauh, penat juga berjalan hampir 2 km sehala. Lepas makan mee goreng balik dan tiba hampir jam 1.00 pagi. Harga air kelapa muda se gelas besar RM4.50... wowww )
Pada hari Selasa , ahli mesyuarat dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu pasukan akademik di BTPN Selangor manakala pasukan pengurusan di PPD Petaling Perdana yang berada di sebelahnya. Bagi pasukan akademik, pengisiaan mesyuarat lebih tertumpu kepada TOV dan ETR bagi KPI (Akademik) STPM keseluruhan dan 23 Mata Pelajaran yang ditawarkan. ETR yang ditetapkan dengan kenaikan signifikat bagi kecemerlangan %P dan 4P @ point 4.00 sebanyak 0.02 % manakala peratus layak sijil ditingkatkan sebabanyak 2.00 %. Pada sebelah malamnya, sesi perkongsian untuk mengenalpasti isu dan cabaran terhadap pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM diadakan. Sebanyak 8 cabaran telah dikenalpasti berikutan pelaksanaanya nanti, antaranya:
1. 'Work-load' guru dan pelajar
2. Prasarana dan kemudahan fizikal - Makmal dan ICT ber WIFI
3. Bahan dan Peralatan
4. Markah Aktiviti Kokurikulum Pelajar
5. Peruntukan PCG yang perlu dibuat penambahan
6. Perjawatan Tenaga Pengajar
7. Penghayatan Pentadbir
8. Intergriti guru
Hari Rabu, sesi pembentangan bersama antara akademik dan pengurusan dengan dipengerusikan oleh Tuan KPP ( Akademik), BPSH, En. Aidie bin Jantan yang hadir mulai jam 10.00 pagi. Banyak input berguna yang berkiatan dengan perihalan di atas.
Selepas tamat jam 12.30 tengah hari, makan tengahhhari dan check out terus bergerak ke LCCT dengan BAS JPN Selangor untuk dapatkan flight Air Asia pada 5.50 petang.
Terima kasih kepada urusetia JPN Selangor, juga rakan lama En. Selamon Kosrin , dulu bersama dalam Skim Tuisyen Felda yang juga diurusetiakan oleh BPSH.
No comments:
Post a Comment