Monday, March 5, 2012

Bahang PRU Dah Mula Terasa


Pagi ini ada sahabat guru semasa bersarapan pagi di kedai makan pagi segera yang popular berdepan Toyota Motor Kota Bharu, Jalan Kuala Krai, memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri taklimat pilihanraya selama dua hari.. sebagai PO (Polling Officer). Selesai saja terus ke pejabat dan di depan pintu utama Pusat Pentadbiran Kota Darulnaim terbentang satu kain rentang mengenai Kursus Untuk Petugas Pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.

Ehh.. rupanya SPR dah mengambil langkah persediaan untuk menjalankan pilihanraya yang akan dimaklumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Klu mudah kini , Perdana Menteri kita kini sibuk melawat negeri-negeri berjumpa rakyat menerangkan dasar-dasar yang telah dan akan dibuat nanti.

Nampaknya suasana semakin hangat, poster kecil ceramah pilihanraya banyak ditampalkan di sana sini pelusuk negeri malah pelusuk tanah air dari semua organisasi politik.Perlu membuat pesediaan yang rapi lengkap bagi menarik majoriti untuk menyokong mereka. Kemenangan majoriti akan menentukan siapakah yang akan menjadi pilihan orang ramai.

Cuma yang terpenting bagi semua kita yang terdidik ini hendaklah bertindak dengan akal waras supaya kita sentiasa harmoni ditanah tumpah darah ini. Bilakah tarikh pembubaran , itu berada pada Perdana Menteri dan bila tarikh mengundi, yang layak mengundi keluarlah mengundi dengan membuat pilihan yang sebijak-bijaknya.

Kata orang, 1 orang 1 Undi, tidak akan ada 10 orang 1 undi..MUSTAHIL dan jika ada 1 orang untuk 10 undi.. tak mustahil tetapi BERDOSA. Apabila berdosa tak akan ada barakahnya. Lambat laun akan melemahkan organisasi kerana orang yang berakah akan bahagia hidupnya didunia dan diakhirat.

Teringat semasa menjadi PO dalam piliharaya awal 90' an dulu bagi Parlimen Kubang Kerian.

No comments:

Post a Comment