Sunday, March 4, 2012
Kemenjadian Yang Diredhai
Wahai tuan yang budiman...tugas kita semua dah sedia maklum iaitu menterjemahkan hasrat dan aspirasi kepimpinan pendidikan bagi kemanjadian manusia di bumi Malaysia terindah ini. Manusia yang bijak pintar sopan berbudi berlandaskan akal budi dan panduan hakiki dari ALLAH SWT.
Sesungguhnya dengan itu, Capacity Building diri dan organisasi perlu dibina mantap penuh intergriti berpahala tanpa dosa berbekal ke syurga menjauhi neraka. Maka Pendemokrasian Kecemerlangan merupakan satu usaha berterusan meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) guru bermula daripada kehadiran guru, persediaan guru dan sokongan pihak atasan pengurusan sekolah. Setiap orang bergelas guru disaran meningkatkan inovasi dalam P & P dan penyediaan soalan dengan kefahaman dan kemahiran merujuk Analisis Item yang betul. Penekanan juga harus diberi kepada kehadiran guru mengajar dalam kelas termasuk semasa waktu relief, atau dengan kata lain setiap masa persekolahan di sekolah murid sentiasa berada bersama dengan guru mereka. Sewaktu ini pengajaran berkesan guru yang bernatijahkan akhirnya pembelajaran berkesan pelajar menjadi matlamatnya. Sekira ia ini benar-benar berlaku dengan teramatlah kesannya, maka istilah Kelas Tambahan tidak akan kedengaran lagi. yang ada mungkin dinamakan nanti ialak Kelas Panduan Kecemerlangan Akademik di mana ditunjukkan dalamnya kaedah menyelesaikan masalah dengan betul dengan kaedah jawapan yang tepat. Bukan kelas Latih dan Tubi.
Sesseorang guru yang hebat ialah guru yang bersifat penyayang. Sayang dirinya, sayang keluarganya , sayang jiranya,sayang masyarakatnya dan semestinya sayang anak murid serta rakan gurunya di sekolah termasuk warga didalamnnya. Bermula 1 Mac 2012 , Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid ke sekolah akan dijadikan agenda penting. Alukan kehadiram mereka dengan wajah ceria bermotivasi tinggi den bukan dengan kata herdik dan rotan ditangan.Juga Program Penghargaan Murid tidak dilupakan. Ingat bahawa semua murid amat memberi sumbangan kepada organisasi sekolah. Cuma kadang kala kita sendiri sukar untuk nampak apakah yang perlu sangat dihargai buat seseorang murid kerana pada mind set kita, si anu ini membeban sekolah. maka sewajarnya Program Mentor Mentee di perkasakan semula dengan melibatkan semua guru dan pelajar lebih-lebih lagi yang bermasalah. Ingat dengan adanya kasih sayang antara sesama insan maka harmonilah kehidupan ini.
Jadikan diri Guru Penyayang yang hebat mendidik anak bangsa. Kita akan dikenang disepanjang hayat bukan dikutuk setiap masa akibat tidak betulnya tugas kita. Apabila seseorang diberi tanggungjawab membina bangunan tetiba bangunan yang dibina itu runtuh maka orang itu akan dikutuk kerana menghabiskan duit dan mengancamkan nyawa. Tetapi ingat disebalik orang itu, siapa yang membina sahsiahnya.. tentulah kita.
Atau adakah itu tanda kita gagal membina kemanjadian manusia. Bagi saya jawapan TIDAk kerana orang yang berkenaan hanya berfikir untuk dirinya sahaja walaupun kita dah berikan tunjukajar khidmat bimbing pahala dosa syurga neraka kepada mereka semasa berada bersama kita di sekolah.
Maka aksikan kerja kita secara berfokus.. manusia yang menjadi akan memajukan bumi Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment