Telah banyak Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Akademik dikeluarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia sejak dulu lagi dan masih utuh untuk diteruskan penguatkuasaannya. Walaupun surat yang ada diterima , harap masih ada dalam simpanan untuk rujukan, dengan warna pudarnya tetapi isi kehendaknya masih relevan untuk masa kini dan masa depan selagi tiada SPI lain yang dikeluarkan untuk menafikannya.
Kini dengan perkembangan teknologi komunikasi SPI ini disebarkan dalam alam maya menerusi portal yang diwujudkan oleh bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk itu, dalam memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah maka SPI berikut perlu menjadi rujukan utama.
1) SPI Bil. 4/1986 - Panitia Mata Pelajaran
2) SPI Bil. 3/1987 - Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Oleh Guru Besar/ Pengetua
Penegasan YBhg Dato Seri KPPM supaya semua pentadbir dan guru wajib melaksanakan P% P berkesan begitu amat menyetujui kehendak SPI berkenaan. Sama telahan kini, apabila semua tahun dan tingkatan menjadi penting tidak hanya kelas peperiksaan awam semata-semata sepertimana amalan sebelum ini. Anak murid kita ini diajar didik mulai pra sekolah lagi demi kemenjadian diri, menjadi insan madani dunia akhirat.
Pengajaran dan Pembelajaran untuk tengok kesannya amat perlu dibuat pencerapan oleh orang nombor satu di sekolah atau melalui proksinya yang terdiri dari PK, Guru Kanan atau Ketua Panitia. Pencerapan sesama sendiri berkonsep "Lesson Study" amat digalakkan. Cadangan membina dapat memperbaiki kelemahan dalam pedagogi dan konten semasa berlangsungnya P & P.
Begitulah juga dalam mengurus panitia berkesan di mana menjadi keutamaan untuk memberi penekanan kepada pengurusan meningkatkan pencapaian akdemik murid.
Dan dengan merujuk kepada SKPM 2010 yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dalam aspek P & P bersama SPI berkenaan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah mempermudahkan pemantauan pengurusan panitia dan pencerapan P % P ini dengan terhasilnya apa yang dinamakan Pemantauan e-Cakna,kini telah ditambahnilai dengan e-Cakna Versi 7.0.
Justeru, adalah menjadi harapan agar semua pentadbir dapat merealisasikan kehendak SPI Bil. 3/1987. Semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun. Demikian juga pihak sekolah perlu cakna dalam meningkatkan pengurusan panitia dan yang berkaitan dengannya kerana pihak JPN dan PPD akan melaksanakan pemantauan bagi memastikan keakuran pihak sekolah dan guru kepada kedua-dua SPI ini.
KPI tahun 2012 ini tiada guru yang tidak dicerap P & P nya dan tiada sekolah yang tidak dipantau bimbing tentang pengurusan panitianya. Tiada lagi sebab untuk berdalih kerana pada tahun ini juga semua pentadbir wajib keberadaan berkesannya disekolah melebihi 70 % manakala guru P & P wajib keberadaan berkesannya dikelas melebihi 80%.
SPI yang berkaitan dengan sains adalah:
1. SPI No. 1/1974 - Keselamatan Makmal
1. SPI Bil. 6/1971 - Pengajaran Sains Di Sekolah Rendah
Apabila menanam kemudian dijagai maka akan dapat buahnya yang terbaik..Insyaalah dengan izin NYA.
No comments:
Post a Comment