Thursday, January 12, 2012

"Refresh"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nostalgia - Tanggal 25 November 1985, Hari Isnin, cuti Maulidur Rasul, kereta kebanggaan Malaysia diterima setelah hampir setahun dilaburkan RM500.00 untuk bookingnya. Proton Saga 1.5S Cini Blue mencuri perhatian setiap warga apabila menyusuri jalan. Hebat dijalanan dengan sokongan padu kepimpinan negara.

Bimbang juga apabila behenti saja di suatu tempat maka ramailah yang mengerumuninya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang tangannya petah meraba. Kehebatanya diuji sendiri apabila proton ini telah menaiki puncak Genting Hinglands sebanyak 10 kali sewaktu menabur bakti di bumi Pahang Darulmakmur.

Kini setelah hampir 26 tahun dengan melalui servis biasa, maka proses pembugaran enjin dan yang berkaitan dilakukan oleh 'pakar injin' dari pusat servis proton yang telah lama dikenali sejak awal pembelian lagi.Jam 6.30 petang,Khamis 12 Januari 2012, enjin dikeluarkan sepenuhnya dari tapak enjin.

Proses pembaikan dijangka hampir seminggu. Kata pakar enjin proton berkenaan, alat ganti tiada masalah, semua alat ganti masih ada. Bermakna selepas ini, ngauman protonku akan hampir sehebat semasa mula beli dulu. Walaupun harga pasarannya mungkin dah tak mencecah RM1k.

Ramai anak muda yang cuba menggoda.
"Abe! jual proton ni, maka jawab ku, dok jual dik kerana abe jugak masih muda walaupun usianya...."

Tetapi yang penting buatku ialah keselesaan dan keselamatan semasa memanduya.Inilah sebuah catatan tentang Proton Saga ku dengan plat DP ....

Maka sewajarnya kita juga perlu sentiasa refresh supaya ubur jiwa muda menabur bakti kepada anak bangsa sentiasa konsisten.

No comments:

Post a Comment