Wednesday, December 21, 2011
"Outcome" yang amat berbaloi...itulah yang sepatutnya
Bertolak dari rumah jam 6.30 pagi untuk mendapat penerbangan yang bermotokan Every One Can Fly ke LCCT . Sepatutnya bercadang untuk ke sana jam 9 atau 10 tetapi dah penuh tempatnya. Tiba jam 9.00 pagi di LCCT dan memandailah mengadakan aktiviti menunggu masa jam 2.30 petang untuk bermesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil.3/2011 di Bilik Mesyuarat Utama KPM, Aras 6, Blok E8, Putrajaya.
Antara intipati ucapan YBhg Dato Seri KPPM:
* Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) ini amat perlu diwujudkan disemua peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah
* Peranan JIPS pada setiap peringkat ini tertumpu kepada Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua warga pendidik dan lainnya yang berada dibawah bumbung KPM. Latihan dan kursus amat penting bagi meningkatkan kompetensi kendiri dalam melaksanakan tugas. Bermula dari pengurusan tertinggi hingga kumpulan pelaksanan di Bahagian, Jabatan, PPD dan Sekolah .
* Terpenting bukan peringkat tertinggi yang menghasilkan program untuk diikuti oleh bahagian lain di JPN, PPD, Daerah dan sekolah tetapi yang penting melalui analisis keperluan dengan OUTCOME tertentu barulah program itu dibuat kemudiannya.Kecualilah bagi PROGRAM atau DASAR BARU KPM.
* Kebimbingan timbul apabila peruntukan yang diberikan tak sepadan dengan apa yang diperolehi oleh peserta semasa mengikuti LDP ini.Atau dengan katalainnya matlamat / objektif LDP yang dijalankan tidak capai. Sepatutnya belanja sikit dapat ilmu banyak bukan belanja banyak tetapi dapat ilmu sikit.
* LDP merupakan medium untuk "MEMBINA KAPASITI" manusianya.Analogi TOV dan ETR dalam pemerolehan ilmu untuk menjanakan manusia pakar dalam bidang tertentu lebih difokuskan.
Ini menghasilakn pegawai pakar dalam penyeliaan dan pengurusan serta guru yang hebat dalam P & P nya.
* "Tag line" semua pegawai di Bahagian, Negeri dan Daerah adalah menjadi seorang mentor untuk "coach" guru di sekolah dalam memperkasakan P & P.
* Kursus yang dianjurkan jangan melibatkan pertindihan antara Bahagian, Negeri dan daerah iaitu jangan melaksanakan kursus yang sama.. merugikan sumber (Manpower + Material)
* Kursus Schoolbase @ PPD base amat digalakkan kerana ia tidak akan menganggu P & P guru di sekolah. Guru wajib bersama pelajar menjayakan P&P.
Beberapa tips yang perlu kepada akuran pelaksana ialah:
1. Merancang secara komprehensif untuk menterjemahkan OUTCOME nya
2. Melibatkan segala sumber (Manpower+material) -elakkan membuat kursus yang SAMA
3. Melaksanakan dengan cara terbaik
4. Menilai keberkesanan kursus
Setiap latihan atau kursus hendaklah dimulai dengan OUTCOME bukan dengan PROGRAM. Saban tahun banyak program yang diulang siar dalam kursus LDP walaupun muka yang sama mengikutinya.Bermakna yang dibuat itu tak dihayati.
Sepatutnya cerita tahun lalu dan cerita tahun ini serta cerita tahun depan jelas berbeza. Takkanlah tahun ini buat kursus pengurusan panita, tahun depan buat pulak, walhal pesertanya dari muka yang sama.
Sekiranya ada kursus yang dibuat secara pakej, jangan hanya bilik penginapan Q, makan minum Q tetapi ilmu yang diperolehi juga Q.
Zaman kini ialah zaman peperangan idea.
Jumpa urusetia yang merupakan anak murid SMK Kamil kini di BPG. Balik anak murid SMK Mulong yang jemput dan hantar ke Stesyen Putrajaya untuk ke LCCT . Anak murid yang berjurus.
No comments:
Post a Comment