Saturday, December 3, 2011

Nilai Minimum +0.50 % , +3.00 % , -0.02% Mencabar

Kini dah berada di rumah setelah bersama di Putrajaya selama dua hari bermula hari Khamis 1/12/2011 dan berakhir, Jumaat 2/2/2011. Bertolak dari airport Kota Bharu, jam 6.50 pagi dan tiba di KLIA jam 8.00 pagi dan seterusnya di Putrajaya tepat jam 9.00 pagi dimana mesyuarat kurikulum dan akademik SPA bersama BPSH bermula. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Dato Haji Mazlan, pengarahnya.

Perkara yang dibincangkan ialah analisis UPSR 2011 yang baru diumumkan menjelang cuti sesi akhir tahun 2011. Antara ucapan beliau ialah memberi tahniah kepada semua negeri kerana menunjukkan peningkatan baik dalam ujian tersebut. Setinggi tahniah kepada negeri keseluruhan terbaik iaitu negeri Kelantan.

Program intervensi yang dilaksanakan oleh JPN Kelantan bersama PPD dengan respons yang amat baik dari kepimpinan sekolah di negeri ini memberi impak berganda dalam mencapai target yang telah ditetapkan sebelum ini.

Negeri Kelantan, tambah beliau, telah menunjukkan prestasi terbaik untuk kecemerlangan A, keseluruhan ABC, Gred Purata Negeri disamping semua capaian mata pelajaran bagi Sekolah Kebangsaan meningkat, SJKC dan SJKT ada sedikit YOYO nya.

Majlis seterusnya dipengerusikan oleh YBrs. Dr, Rodiah memberi fokus kepada set target kebangsaan dan negeri untuk UPSR 2012 yang akan menjelang nanti.Keputusan majoriti kalangan ahli mesyuarat yang terdiri dari KSPA @ wakilnya mengambil ketetapan agar nilai minimum yang perlu dicapai untuk UPSR 2012 adalah:

Kecemerlangan A : + 0.50 %
Kelulusan ABC : +3.00 %
Gred Purata Kebangsaan / Negeri : - 0.02 %

demikian jugalah nilai minimum setiap mata pelajaran berdasarkan angka keramat twersebut.

Hari kedua mesyuarat , iaitu Jumaat bermula jam 9.00 pagi setelah malamnya berehat di Lotus Hotel Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ( Mengikut cadangan En. Zulkepli, KPP Sains Kedah yang juga menginap di sana).

Fokus mesyuarat lebih kepada Memperkasakan SK di mana Kelantan telah diminta untuk berkongsi kejayaan dengan program intervensi yabng agak berimpak tinggi sehingga meletakkan Kelantan dtempat tersebut. Pihak BPSH memohon agar memaklumkan kepada ahli majlis tentang e-Cakna dan aplikasi HC di negeri ini.

Majlis tamat jam 12.45 tengah hari dan selepas itu 'mengisi masa' sendiri sebelum ke LCCT untuk mendapat penerbangan balik ke Kota Bharu. Berkebetulan bertemu dengan YBrs. Tuan Hj. Zainal Dirin, Timbalan Pengarah BPK yang balik bercuti ke Alor Star. Isu LINUS bagi Gua Musang hangat diperbincangkan.

Berlepas jam 9.00 malam bersama sahabat JPN dan PPD yang baru balik dari Langkawi setelah selesai bermwsyuarat dengan Unit NKRA Akademik mengenai SISc.

Maka itulah yang menjadi cabaran kini untuk merealisasikan peningkatan kecemerlangan di negeri ini. Sesungguhnya tanpa komitmen yang tinggi dari semua pihak, sukar untuk kita jayakan... terjemahkan X-Plus nescaya akan dapat hasilnya.

Catatan :
Cuaca di KL dan sekitarnya mendung, petang hujan lebat, hari Jumaat, Kajang ditenggelami banjir kilat di mana hampir 200 kereta tak dapat diselamtkan.

No comments:

Post a Comment