Pagi ini mulai jam 7.30 bertolak ke PPD Pasir Puteh, 40 km dari rumah. Hujan masih turun sekejap-sekejap. Renyai dan kekadang lebat. Memandu rilek dan tiba di PPD jam 8.20 pagi. Bermula mesyuarat jam 9.00 pagi kerana menunggu korum dari pegawai LINUS dan FasiLinus Daerah negeri Kelantan.
Mempengerusikan mesyuarat dengan ucapan pembukaan 'terima kasih' kerana penglibatan mempamerkan kelantan dalam UPSR 2011 dengan GPN -2.09. Peratus A-15.45 dan Peratus ABC (LULUS) - 73.58. Katanya terbaik di Malaysia kecuali Peratus A. Seterusnya membicarakan pelaporan Saringan 6 Kohort 1 (Tahun 2)dan Saringan 3 Kohort 2 (tahun 1) di mana hasil negerinya ialah:
Keputusan Saringan 6 : Target = 97%
1. LITERASI : 95.86% ( - 1.14% )
2. NUMERASI : 97.42% ( + 0.42% )
Keputusan Saringan 3 : Target = 90%
1. LITERASI : 87.02% ( - 2.98% )
2. NUMERASI : 92.84% ( + 2.84% )
Disamping itu juga disertkan pelaporan dari 4 PPD yang sempat mengenai isu dan program intervensi bagi mengurangkan kategori TEGAR.
Mesyuarat berakhir jam 2.15 petang di kala hujan tetap mencurah. Bertolak balik jam 3.00 petang tetapi amat perlahan perjalanan kerana lebat hujan dan air dah melintas jalan utama ke Kota Bharu. Depan Taman Sri Aman, kereta dah bersusun atur ditepi jalan dan yang memandu meredah air yang masih boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Cuba memberanikan memandu meredah air kerana tercabar oleh sang kancil dan sang viva yang bergerak lancar dalam air. Tetapi ada yang dah padam injinnya terpaksa ditolak.
Ada beberapa tempat lagi air agak dalam hampir 1 kaki iaitu di padang Pak Amat, Depan Sekolah Padang Pak Amat, Padang sebelumSMK Pak Badol, Depan SJK Padang Kala. Depan SK Peringat, Depan SK Long Ghafar dan Pauh Butut sebelum tiba di rumah. Alhamdulliah perjalanan meredah air ini selamat.
Ada kebaikan meredah air ini iaitu kereta bahagian bawahnya cuci bersih kerana sebelum ini jarang-jarang kena cuci.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MESYUARAT INI- mencapai hasrat KPI(NKRA-LINUS)
Petikan Bernama
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam. Ini berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, .
Dua daerah di negeri itu yang kini dilanda banjir adalah Kota Bharu dan Pasir Puteh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.
"Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran.
No comments:
Post a Comment