Sunday, October 2, 2011

Majlis Solat Hajat Perdana Menjelang PMR 2011

Pada malam ini, di Mossala SMKA Tok Bachok, berlangsung Majlis Solat Hajat Perdana Menjelang PMR 2011 Peringkat Negeri. Bermula dengan Solat Maghrib diikuti dengan Solat Hajat kemudian bacaan Surat Yassin untuk memohon restu dan redha ALLAH agar memberi kesenangan serta kemudahan kepada semua terutama buat pelajar bakal calon PMR yang akan bermula kertasnya pada 4 Oktober ini.

Sebelum solat Isya', YABrs. Tuan Pengarah telah memberi ucapan semangat kepada semua pelajar yang dapat hadir bersama supaya bersedia dengan lapang dada untuk menghadapi penilaian ini. Setelah berusaha dengan tetapkan matlamat serta doa yang tak putus kehadarat ILLAHI maka bertawalkal supaya membuah hasil yang terbaik.

Turut bersama menjayakan majlis ini ialah YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan KSPA, Tuan KSPP,Tuan KSBK Pegawai SPA, Pegawai SPI serta tuan rumah, PPD Bachok dan pegawainya disamping pengetua daerah Bachok. Juga hadir bersama Tuan PPD Tanah Merah, Tuan PPD Jeli, Tuan PPD Tumpat serta wakil PPD yang selainnya.

Sempat jumpa dengan sahabat lama semasa bersama bertugas di SMK Bandar Pusat Jengka yang kini bertugas di sekolah ini. Tuan Hj. Mokhtar Jusoh, banyak kenangan bersama.

Buat semua pelajar calon PMR, didoakan semuanya berjaya dan terima kasih kepada rakan guru yang tak serik-serik mengajar mendidik mereka untuk menjadi manusia yang berinsaniah.

No comments:

Post a Comment