Hari ini ada 2 aktiviti penting selain dari aktiviti rutin yang lain. Sebelah paginya mulai jam 10.00 ke Kota Bharu, jalan ok lah, normal tak lah sampai jem. Drop anak dan adik di Bazar Buluh Kubu dan selepas itu balik ke rumah, tiba jam 11.30 pagi sebab singgah di Wakaf Che Yeh sekejap, tukar mentol yang tak kena tapaknya.
Jam 11.50 pagi bertolak ke Machang, belarak waris ke Pangkal Melerek. Lalu ikut jalan Dewan Beta dan tiba di Simpang Machang melalui jalan lama satu jam kemudian. Ok jugalah walaupun jalan mulai jem di batu 27. Maklumat yang diterima mengatakan rumah pengantin dekat dengan SMK Pangkal Meleret. maka masuklah jalan ke Tanah Merah. alamak teruknya jalan, dari jam 1.00 tengah hari dengan jarak lebih kurang 2 km, tiba di rumah tempat bekwah jam 2.40 petang. Penat juga gerak perlahan ni. tetapi sekiranya maklumat yang betul, tentu tiba jam 1.10 tengah hari melalui jalan lama SMKA Wataniah, kerana rumah berkenaan terletak dekat dengan SK Pangkal Meleret.
Semasa dalam perjalanan, yang tak sepatutnya berlaku, berlaku. Potong Q tu tak kiralah orang muda atau orang tua, malah dikepalanya ada juga berkopiah. Pantang ada luang, potong.Sekecil kancil sebesar MPV , hentam sajalah asalkan lebih cepat sampai. Ada juga yang tersadai di tepi jalan, injin kepanasan. Juga ramai yang penat mengalah berhenti di restoran dan kedai pati di tepi jalan untuk minum makan menyegarkan tubuh dan minda sebagai persiapan untuk memandu seterusnya menuju ke destinasi masing-masing.
Kedengaran juga hon yang kuat dibunyikan, yang tak sepatutnya dibunyikan kerana semua pemandu begitu bersedia untuk bergerak, kecualikan pemandu di hadapan itu dah tertidur. Sekiranya itu berlaku, tentu sebahagian pemandu ada yang menyumpah seranah antara satu sama lain memandangkan emosi dah sesak seperti serabutnya jalan dengan pelbagai jenama kenderaan.
1 jam 40 minit dalam jarak sekitar 2 km, sebahagian besar penumpang, agaknya tentu kalangan anak beranak dan kaum keluarga kelihatan tertidur. Letih dan boring dengan suasana ini.
Gelagat dan telatah ini dimana pemandu dengan potong memotong, hon yang kuat dibunyikan serta sumpah seranah ini tak sepatutnya berlaku kerana baru 5 hari menyambut Hari Raya AidilFitri. Yang dah dibersihkan dosanya tetapi kini kembali menambahkan dosa. Dalam sebulan berpuasa, jaganya mulut, jaganya anggota dan pancaindera agar jangan melakukan dosa tetapi apabila diuji sedemikain, apa yang tarbiahkan itu hilang entah ke mana. Pi Mai Pi Mai Tan Tu Juga, masih mengulangi perangai hudoh yang sama. Yang sedihnya pelaku sedemikian adalah dari kalangan pegawai kerajaan yang telah diamanahkan sebagai role model masyarakat. Lagi sedih orang itu adalah seorang guru. Berkereta besar tetapi jiwanya kecil.
Itulah apa yang diperhatikan semasa bersama dalam jem tersebut. Bagaimana agaknya untuk mereka yang akan ke destinasi yang jauh. Semakin banyak cabaran minda dan tindakan apabila menghadapi beratus ribu kenderaan di jalan raya yang sama nanti.
Jam 3.30 petang, setelah menikmati makan tengah hari ditempat kenduri, kembali ke rumah sejam kemudian. Dan dalam majlis kesyukuran di rumah jiran, ada dimaklumkan yang bertolak jam 9.00 pagi baru sampai di Gua Musang jam 5.00 petang. Banyangkan lah jam berapa mereka akan sampai di Kuala Lumpur.
Itulah sanerionya perjalanan musim perayaan setiap tahun di mana saja. Yang dekat dah penat apatah lagi yang jauh. Yang pentingnya SABAR kerana ianya akan menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment