Friday, August 5, 2011

" MAKHLUK PEROSAK" Peninggalan Yakjuj Makjuj


Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh aeorang pendakwah selepas selesai solat Fardu Jumaat hari ini sungguh bermakna. Menyentuh mengenai kesan tarbiyah Ramadhan kepada umat Islam. Adakah puasa wajib yang dilakukan setiap hari sepanjang Ramadhan ini hanya yang dapatnya lapar dan dahaga sahaja, sedangkan segala amal ibadat yang disuruh ALLAH, sekiranya kita melakukannya akan dapat pahala yang melimpah ruah.

Kesan tarbiyah ini menjadikan seorang dari bergelar MUSLIM kepada bergelas MUKMIN dan seterusnya bergelar MUKTAKIM. Menjadi seorang muslim begitu mudah hanya sekadar mengucap dua kalimah syahadat. Tetapi untuk menjadi seorang mukmin apa lagi muktakim begitu mencabar. Orang mukmin tidak akan melakukan dosa, tetapi orang Islan yang sekadar mengaku dimulut sahaja banyak melakukan dosa. Penipuan, perompakan, penzinaan, adu domba, pemfinah, perasuah, pembunuhan anadalah antara conoh amalan seseengahnya. Mereka tidak takut azab neraka, walaupun dah sejuta kali diberi peringatan. Bulan puasa mereka puasa tetapi mereka tipu juga.

Tarbiyah Ramadhan dalam madrasahnya banyak mengajar manusia tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Ibadah puasa yang diamalkan oleh makhluk ciptaan ini hanya boleh dilihat oleh ALLAH SWT sahaja, tidak boleh dilihat oleh manusia lain kecuali orang iu makan dan minum dihadapannya. Rukun Islam yang lain iaitu mengucap dua kalimat syahadah, solat lima waktu, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji boleh dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Ibadat dengan 24/7 untuk sebulam ini memandu kita untuk melaksanakan segala suruhannya dan meninggal segala larangannya. Bermula puasa malam pertama dengan solat sunat terawih selepas solat fardu Insya'. Begitu banyaknya fadilah solat ini pada setiap malam dari malam pertama sehinggalah malam ke tiga puluh. Malamnya dan siangnya pula boleh dipenuhi dengan bacaan ayat suci Al-Quran Karim serta lebih afdal dapat memahani terjemahannya. Qiyamullah amat dituntut untuk kita melakukannya bagi mnerefleksi diri tentang laku buat kita sebelum ini. Dan sekiranya malam berkenaan jatuh pada malam Lailatuqadar maka ganda pahalanya melebihi ibadat seribu bulan.

Siangnya selepas waktu imsyak hingga waktu mahgrib, kita tidak dibenar makan dan minum sebagaimana aturan yang ditetapkan. Menghindari mana-mana perkara perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkannya. Segala pancaindera digunakan untuk mendapat pagala bukan menanbah dosa sebagaimana sebelum tibanya bulan yang mulia ini, penghulu segala bulan.

Mata tak perlu memandang perkara maksiat, telinga tak perlu mendengar perkara buruk, hidung tak perlu menghidu bauan busuk, mulut lidah tak perlu beromongan kosong dan bercakap biadat umpat keji fitnah hina. Kaki tak perlu melangkah ke tempat maksiat, tangan tak perlu menjamah barangan maksiat. Otak jangan fikirkan yang buruk

Mata pandanglah yang baik, telinga dengarlah yang baik, hidung hidulah yang baik, mulut lidah bercakaplah yang baik, kaki berjalanlan ketempat yang baik, tangan jamah peganglah yang baik. Fikirkan yang baik.

Bila azan maghrib, berbukalah dengan hidangan lazat berkhasiat, elakkan pembazairan. Makan dan minum berlebihan menjejaskan keselesaan dan kesihatan. Kekenyangan akan membantutkan pengerakan akibat keletihan kerana terlebih makan. Sungguh ramai lagi manusia diluar sana yang hanya dapat sesuap nasi untuk meneruskan hidup.

Tarbiyah ini juga mengajar kita tepat waktu, azan saja terus buka, jangan lengahkan, nanti pahala sikit. Sahur pastikan sebelum waktu imsyak, lakukan sahur walaupun dengan seteguk air, dapat pahalanya.

Demikianlah serba sedikit pengajaran puasa yang kita laksanakan saban tahun di bulan mulia ini, Cuma kesannya yang boleh dipersoalkan. Lantas boleh tanya diri kita, adakah aku selepas selesai Ramadhan ini:

Jika dulu aku jahat , kini aku orang baik
Jika dulu aku penipu, kini aku tidak lagi
Jika dulu aku pemfitnah adu domba, kini aku dah tinggalkan
Jika dulu aku pengotorm kini aku dah menjadi bersih
Jika dulu aku pembazir, kini aku berhemah
Jika dulu aku kedekut, kini aku penderma
Jika dulu aku tiada intergriti, kini aku berdisplin
Jika dulu aku buruk-buruk-buruk, kini aku baik-baik-baik

Adakah kita mahu mengolongkan diri kita sebagai pengikut Yakjud dan Makjud yang merosakan sebagaimana pengajaran dalam surah Al-Kaffi ?

Adanya pengikut Yakjud dan Makjud inilah yang membuatkan kehidupan manusia tak tenteram walaupun dia mengaku beragama Islam.

Kerana Ramadhan tahun akan datang adakah lagi untuk kita.
Umat Islam yang baik, dia bukan MAKHLUK PEROSAK

Insaflah wahai manusia jika dirimu bernoda...

No comments:

Post a Comment