Friday, August 12, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan


Semua dah sedia maklum bahawa Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Amalan di dalamnya penuh pahala berganda lebih-lebih lagi malam seribu bulan "Malam Lailatul Qadar". Maka gunakan kesempatan ini yang belum tentu diperolehi buat tahun mendatang, untuk mendapat semaksimum fadilatnya.

Amalam doa diperbanyakkan agar segala apa yang telah dilakukan akan diberkati dan dimakbulkan dan apa yang mendatang nanti sentiasa mendapat redha NYA. Sentiasa muhasabah diri dengan apa yang dilakukan yang dikategorikan berdosa. Usaha yang dilakukan selama ini dan akan datang adalah usaha terbaik untuk kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat.

Dan mengikut tazkirah Ramadhan hari ini, pada setiap kali berdoa, nyatakanlah

" YA ALLAH AMPUNI LAH DOSA KU, DOSA KEDUA IBUBAPA KU, DOSA KAUM KELUARGA KU....
( dan mintalah apa yang dihajati dengan kehendakNYA ke arah amal makruf nahi mungkar )"


Serta beristiqamah agar tidak akan melakukan dosa lagi sebagaimana sebelum ini.
Jadilah orang baik untuk semua manusia dan segala makhluk ciptaan NYA

No comments:

Post a Comment