Friday, August 26, 2011
Berzakat Besedekah Amalan Mulia
Di hari baik bulan baik ini, zakat fitrah wajib ditunaikan oleh semua orang yang mengelarkan dirinya Islam. Juga zakat bagi harta benda bagi mereka yang mampu, demikian juga bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Biasa kita dengar bahawa tangan sebelah atas itu lebih baik dari tangan sebelah bawah.Tetapi bagi muslim yang baik ia tidak akan mengekalkan dirinya untuk sentiasa menjadi tangan di sebelah bawah. Mereka akan mencuba dengan kaedah halal untuk mencari pendapatan yang lebih bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka dan mereka ini juga mampu untuk menjadi manusia dengan tangan disebelah atas.
" Masuk ke hutan untuk mencari kayu api untuk dijual adalah lebih baik dari pergi meminta-minta "
Berzakat bersedekahlah kepada mereka yang amat memerlukan. Dan sudah semestinya kita perlu mengenali mereka ini, kerana di dunia fana ini kita membantu mereka manakala di akhirat nanti mereka akan membantu memimpin kita menunjukkan jalan menuju ke syurga.
Maka janganlah kita berbangga dengan pangkat, pengiktirafan, kuasa dan harta benda yang sekelumit cuma dipinjamkan oleh ALLAH SWT kepada kita semua.
Sentiasalah berzakat bersedekah kerana ia adalah amalan mulia.
No comments:
Post a Comment