Sunday, August 7, 2011

Bengkel SAPS bersama PPD

Bertempat di PKG Jambu Lawar, Machang, Kelantan berlangsung sesi bengkel dalam menjayakan SIP NKRA Pendidikan. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, ringkasnya SAPS adalah satu instrumen melengkapkan SIT dalam komponen SIP berkenaan. Sistem ini telah dibangunkan pada Julai 2011 dan perlu digunapakai oleh semua sekolah di seluruh negara sebagai 1 sistem HC yang standard.

Sudah sedia maklum bahawa semua negeri termasuk Kelantan telahpun membangun dan mengaplikasikan sistem HC nya sendiri(Kelantan dengan JC3). Walau bagaimanapun, SAPS adalah berkonsepkan One Stop Data Center menggunakan sisem pengoperasian atas talian @ on line.

Bengkel yang bermula jam 9.00 pagi ini, dihadiri seramai 40 orang pegawai dan JU daerah, diisikan dengan taklimat mengenai dasar dan konsep SAPS. Setiap PPD dihadiri oleh 1 Pegawai HC, 1 Pegawai Akademik dan 1 JU manakala setiap unit di SPA di wakili oleh seorang pegawai ( Pegawai HC PPD telahpun didedahkan dengan SAPS semasa bengkel bersama Pegawai NKRA di Hotel Grand Continental Kuala Tererngganu pada 6-7 Julai 2011- Saya mewakili Tuan KSPA ketika itu bersama KSPP dan Wakil KSICT ).

Mewakili Tuan KSPA, saya sekali lagi menjelaskan tentang kehendak YAB Menteri Pelajaran agar semua analisia peperiksaan dalaman sekolah menggunakan SAPS. Perbengkelan dipermudahcarakan oleh Rn. Ehsham Mat Husin dengan dibantu oleh En. Nasir Mohd Noor dari SPA.

Sepanjang sesi, semua pegawai diperjelaskan bagaimana pengoperasian SAPS dilakukan. Dari mendafar SUP sehinggalah memasukkan TOV, ETR, dan AR. Simulasi penggunaan SAPS bersama 2 orang guru SK Jambu Lawar banyak membantu. Soal jawab lazim memantapkan pemahaman mengenainya di mana semua pegawai PPD yang hadir termasuk JU nya akan melaksanakan siri pendedahan SAPS kepada SUP dan guru di daerah masing-masing.

Ketetapan tarikh pelaksanaan siri tersebut telah diambil dimana ianya akan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos ini. Semoga nanti semua sekolah akan menyelesaikan tugas ini menjelang 15 Ogos 2011 sebagaimana kehendak Unit NKRA Pendidikan.

Bengkel ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tn. H. Nasir selaku Tuan PPD Machang.

Akhir bengkel , saya memohon semua sahabat yang mewakili PPD agar dapat bersama melunaskan tugas ini dengan sebaik mungkin kerana banyak cabaran angka, angka, angka bersama guru kita nanti. Kerana sabar itu berkat.

Terima kasih kepada semuanya yang menjayakan sesi kali ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment