Thursday, August 18, 2011

Akan Tiba Giliran Nanti.. Insyaallah


Alhamdulillah, hari ini berlangsung majlis send off Tn. Hj. Ab. Razak Mat Saat, Ketua Sektor Pengurusan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan. Majlis disempurnakan jam 2.00 petang dan punch card terakhir jam 3.30 petang sebelum rombongan menghantar beliau bertolak ke rumahnya di Pasir Puteh.

Sepanjang perkenalan dan berkerja di jabatan ini, beliau merupakan seorang yang mudah baso dan sering memberi nasihat panduan ilmu agama dalam menjalankan rutin kehidupan ini. Tegas tetapi penuh dengan kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment