Thursday, July 7, 2011

SAPS Pelengkap SIT dalam NKRA Pendidikan



Semua warga pendidik tentu dah sedia maklum apakah yang dikatakan Bidang Keberhasilan Utama Nasional Pendidikan @ NKRA Pendidikan. Agenda utama NKRA Pendidikan ini ialah:
1. Pra Sekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Tawaran Baru Kepada Pimpinan Sekolah

Menyentuh mengenai tawaran baru ini, antara program sokongan untuk Pengetua dan Guru Besar ialah SIP (School Improvement Programme ) dimana :
• SIP bertindak sebagai program nilai tambah yang lahir dari inisiatif Tawan Baru ini
• SIP boleh meningkatkan kecemerlangan dan merapatkan jurang pencapaian antara sekolah
• SIP dapat meluaskan akses pendidikan berkualiti kepada semua
• SIP dapat mendorong pihak sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan berdasarkan iklim sekolah [ murid, guru,infrastruktur dan pentaksiran]

SIP ini disokong dengan perkhidmatan berikut melalui:
1. Rakan Pembimbing (SIPartner)- lead agency IAB memberi fokus kepada aspek pentadbiran,pengurusan dan Infrastriktur.
2. Jurulatih Pakar Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah (SISc) -lead agency BPG+IPGM bersama JPN dan PPD memberi fokus kepada aspek Pengajaran dan Pembekajaran dan Pembangunan Kapasiti (Capacity Building)

Bagi menyokong SIPartner dan SISc ini, SIT (School Improvement Tookit) diujudkan dimana ia memberi banyak kepentingan dalam pengurusan data,penggumpulan data dan keesahan data dengan lebih menjurus kepada kehendak masa depan dengan "one line" dan "One Stop Data Center".

SIT ini terdiri dari
• GPS (Gred Purata Sekolah) bagi Peperikaan Awam / Dalaman Sekolah
• SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
• Profil Guru
• Penilaian Guru
• Pelan Strategik

Tawaran baru “New Deal” ini dapat diterjemahkan apabila pimpinan sekolah dapat menghayati SIP itu sendiri. SIP diperlukan kerana:
1. Dapat memastikan setiap kanak-kanak Berjaya
2. Tiada lagi pemimpin sekolah yang ketinggalan
3. ‘Big Fast Result”

Tentu kita semua telah mendengar apakah itu SKOR KOMPOSIT di mana daripadanya sekolah di rangking dan di banding kan. Ada yang nendapat band 1 , band 2, band 3, band 4, band 5, band 6 dan band 7. Yang terbaik ialah band 1. Skor ini dihasilkan dari peratusan GPS dan peratusan SKPM dari setiap sekolah. GPS menyumbangkan 70 % manakala SKPM menyumbangkan 30 % markahnya. SKPM dinilai sendiri oleh Pengetua/Guru Besar manakala GPS adalah berdasarkan sumbangan tugas guru dalam memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran. GPS yang terbaik berada dalam julat 1.00 – 1.99.

Skor Komposit berdasarkan Band adalah seperti berikut:
Band 1: SM (>=90) SK (>=85
Band 2: SM (80-89.99) SK (75-84.99)
Band 3: SM(70-79.99) SK(65-74.99)
Band 4: SM(60-69.99) SK(55-64.99)
Band 5: SM(50-59.99) SK(45-59.99)
Band 6: SM(40-49.99) SK(35-44.99)
Band 7: SM(<=35.99) SK(<=34.99)

Dengan adanya SIP ini, maka sebanyak 10007 buah sekolah dengan 188,000 kelas untuk 5.4 juta murid telah di ranking dan di banding kan. Semoga tiada lagi SEKOLAH TIDUR.

Skor Komposit ini melibatkan SKPM dan GPS dalam SIT. Maka untuk GPS , sebagai pelengkap kepadanya di bina Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Mengikut surat siaran yang bertarikh 7 Jun 2011 dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Modul SAPS yang diarahkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Delivery Taskforce NKRA pada 25 April 2011 ini perlu digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya semua sekolah di Malaysia sebagai One-stop Data Center.

Bagi memastikan pelaksanaan modul SAPS dapat mencapai matlamat yang dihasratkan, semua pihak yang berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi:
• pegawai di JPN dan PPD perlu memastikan setiap sekolah AKUR dengan penggunaan modul SAPS ini yang akan digunapakai sebagai SISTEM ANALISIS PRESTASI MURID YANG UTAMA
• semua guru mata pelajaran dan guru kelas WAJIB mengisi markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam system secara atas talian mengikut tempoh-tempoh masa yang ditetapkan; dan
• Setiausaha Peperiksaan setiap sekolah perlu MENGESAHKAN semua markah ujian setiap kelas dan menganalisis markah-markah tersebut bagi tujuan perancangan pembangunan prestasi sekolah.

Maka pada 6-7 Julai 2011, mewakili JPN saya bersama KSPP. Wakil KS ICT dan Pegawai Peperiksaan PPD dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadirkan diri dalam Bengkel Pelaksanaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolha(SIT) Zon Timur bertempat di Hotel Grand Continental, Terengganu.

Bengkel ini dikendalikan oleh UNIT NKRA, KPM, perlu dibuat dan disebarkan kepada semua sekolah dengan kadar segera, keutamaan dulu kepada sekolah rendah. Perlu diselesaikan menjelang Ogos 2011.

Adalah menjadi harapan, menjelang tahun 2012, tiada lagi sekolah dalam band 6 dan band 7.

Juga pada 5-7 Julai 2011, JPN Kelantan juga menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P & P) bagi Guru Sains dan Matematik di tempat yang sama. Sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di sekolah.

No comments:

Post a Comment