Pada hari ini saya dijemput untuk merasmikan Malis Penutup Pertandingan Ikon Sejarah Tahun 2011 Peringkat Negeri Kelantan. Hadir tepat jam 12.00 tengah hari sebagaimana dimaklumkan setelah selesai urusan di SM Teknik Bachok.
Pertandingan ikon sejarah SPM merupakan cetusan gabungan idea Sektor Pengurusan Akademik melalui Unit Kajian Kemasyarakatan, JPN Kelantan bersama Guru Cemerlang Sejarah Negeri Kelantan. Pertandingan yang julung kali diadakan melibatkan wakil sekolah dari PPD Negeri Kelantan.
Sebanyak 20 buah Sekolah melibatkan diri dalam pertandingan ini di mana setiap sekolah diwakili seramai 4 pelajar Tingkatan 5.Sebelum ini telah diadakan pertandingan peringkat daerah bagi menentukan wakil daerah masing-masing. Tujuan khas pertandingan ini diadakan ialah memartabatkan mata pelajaran sejarah melalui aktiviti menarik ini. Aktiviti pertandingan termasuklah Ujian Bertulis (Objektif 40 soalan),Masih Kau Ingat( Power Point), Akronim, Peta Minda, Kreativiti Persembahan dan KBKK.
Untuk makluman, pertandingan ini adalah merupakan antara inisiatif Unit Kajian Kemasyarakatn bagi memperkasakan mata pelajaran berkenaan selain dari memperkasa P & P melalu Lesson Study, Best Practices, Pembinanan Modul P & P, Pembinaan Soalan Pevutan dan lainnya.
Objektif Pertandingan Ikon Sejarah ini ialah, antara lainya;
* memupuk semangat cinta sejarah di kalangan pelajar
* Menguji tahap kebolehan minda pelajar melalui aktiviti pertandingan
* Mempupuk KBKK
* Membudayakan kerja berpasukan
* Membina ketrampilan diri dan bakat
Program yang bermula pada jam 8 pagi, disudahi acara kemuncaknya dengan majlis penutup pada jam 3.30 petang. Setelah bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Ab. Aziz Ab Rahman selaku Timbalan PPD Machang,ucapan perasmian yang disampaikan antara lainnya ialah,
Melihat ke depan dan menoleh ke belakang adalah dua tingkah laku yang berbeza tetapi ia sungguh bermakna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia. Melihat kehadapan sebagai memenifestasikan cita-cita untuk mencapai kejayaan didepan hari manakala menoleh ke belakang ialah melihat laluan masa lalu yang penuh dengan seribu satu macam pengalaman sama ada suka duka, pahit maun dan segalanya yang kini mematangkan kehidupan seorang yang bergelar manusia.
Sejarah adalah unsur penting terhadap manusia dan tiada manusia hidupnya tanpa sejarah. Sejarah adalah masa lalu seorang manusia. Ada sejarah baik dan ada sejarah buruk . Ada sejarah putih dan ada sejarah hitam Sejarah mematangkan kita semua setelah menempuhi banyak pengalaman di sepanjang kehidupan.Hidup yang penuh dengan harga diri ataupun hidup tanpa harga diri.
Pengajaran masa lalu membolehkan kita mengenal siapa diri kita.Dengan meneliti sejarah hidup akan menimbulkan kepuasan emosi yang dapat memacu masa dean untuk lebih cemerlang. Sejarah adalah satu proses yang berkontiniuti dan saling mempengaruhi antara satu sam lain sama ada masa lalu, masa kini dan masa depan.
Sejarah dengan kebaikan berterusan akan menjadikan seorang bahagia hidupnya tetapi sekiranya kejahatan berterusan akan menjadi hidupnya sangsara. Tiada manusia yang tiada mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan.
Setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah masa lalunya.Untuk lebih cemerlang, manusia perlu membina kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik dengan berdasarkan kesedaran, pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam cita-cita.
Ketiadaan masa lalu akan menebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan.
Sejarah merupakan ilmu masa silam yang amat penting dan sejarah tidak boleh ditipu kerana lambat launnya orang akan mengetahui kepalsuan dan mendapat kebenaran yang sejati.Jika hari ini orang boleh menipu tentang suatu peristiwa, mungkin esok orang lain akan tahu bahawa orang itu adalah seorang penipu.
Ingat bahawa sejarah adalah sebagai sumber yang amat berguna untuk membina ketamandunan manusia akan datang.
Turut disentuh ialah kewajiban sejarah dalam SPM 2013 nanti. Untuk makluman peratus kelulusan sejarah SPM tahun sebelum ini adalah dibawah 80 %, Sehubungan itu, inisitif Unit Kajian Kemasyarakatan dengan mengadakan pertandingan ini disamping yang lain dharap akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pencapaian SPM tahun 2011dan setetusnya.
Antara yang menarik sepanjang sesi pertandingan ini ialah penglibatan secara berkumpulan antara ahli kumpulan dengan dimudahcarakan oleh guru pembimbing masing-masing. Inilah hasrat pelaksanaan KSSR yang kini dah berlangsung di sekolah rendah dan KSSM untuk Sekolah Menengah yang akan bermula pada tahun 2013 nanti.
Tahniah kepada semua yang berjaya, dan SMKA Tangok, telah menjadi juara untuk pertandingan kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang menjadi ikonik pada kali ini dan besarlah harapan agar 80 pelajar ini akan mendapat A+ dalam sejarah SPM 2011.
Antara VIP yang ada bersama ialah Tuan Pengetua SMK Bandar Machang, Tn. Hj. Mohd Zain Suliman.
No comments:
Post a Comment